HOME

Friday, July 26, 2013

LAILATUL QADAR

LAILATUL QADAR

Mencari Kemuliaan Taqarrub oleh seorang anggota Gerakan Islam.


1. Kebiasaan orang melayu yang beragama Islam di negara kita ini akan pancit di akhir Ramadhan, sedang Nabi saw mengajar kita supaya memperbanyakkan ibadah di sepuluh akhir Ramadhan. Barangkali kerana di dorong oleh mood aidilfitri pula dimeriahkan dengan rancangan-rancangan mengasyikkan di televisyen.

2. Masjid dan surau akan kembali lengang dan jamaah semakin berkurang menjelang akhir Ramadhan. Tumpuan mula teralih kepada persiapan menyambut hari raya secara berlebihan. Objektif Ramadhan hilang begitu sahaja. ini adalah suatu fenomena yang merugikan ummat Islam dan perjuangannya.

Firman Allah swt:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

(Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5)

3. Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .

Sabda Rasulullah saw :[1]

وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .

“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan (mengharapkan redho Allah) nescaya diampunkan baginya segala dosa–dosanya yang telah lalu.”

(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

4. Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal–afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah (qiamullail) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat–alamat Lailatul Qadar, nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”

Rebutlah Peluang Taqarrub ini.

5. Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :[3]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .

“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam–malam sepuluh akhir Ramadhan .”

(Riwayat Imam Bukhari)

6. Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .


“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh–sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya (agar bangun beribadah)”

(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Monday, June 3, 2013

Kita rindukan hakim seperti dia........moga beliau dapat hidayah.
Tarikh : Tuesday, June 04 @ 12:32:13 MYT
Topik : Artikel


“Hakim itu ada tiga kategori. Satu kategori hakim masuk syurga, manakala dua kategori hakim lagi masuk neraka. Hakim yang berilmu pengetahuan dan kemudian mengadili (kes) dengan keilmuannya maka dia masuk syurga. Manakala hakim yang mengadili tanpa ilmu (tentang kes yang diadilinya) maka dia masuk neraka. Begitu juga hakim jahil yang mengadili kes berteraskan kejahilannya maka dia juga masuk neraka.”

At-Tirmidzi: 1244


Pasca PRU 13, kita dikejutkan satu syarahan oleh mantan hakim Melayu yang rasis. Syukur kerana beliau berucap dalam keadaan telah "menanggalkan" baju hakim yang mulia.

Jika tidak, tentunya memalukan institusi kehakiman yang sedang berada dalam proses pemulihan imej angkara Dr Mahathir.

Mari kita baca dan hayati kisah seorang hakim di Amerika Syarikat.

Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika, Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat dengan Islam.


Tragedi 911 telah menyebabkan perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas. Salah satu indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi tempoh yang agak lama. Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran sehingga menyebabkan Penerbit buku yang terkenal , Penguin Books, yang telah menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak lebih dari 20,000 naskah AlQuran sejurus berlakunya tragedi 911.

Akhbar USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk “"People Want to Know, so Koran is Bestseller," penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55 kali selepas 911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana barat yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito menyatakan “ kekuatan Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia.”

Satu kes yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika. Ia melibatkan seorang Islam , Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w .

Ernie Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut hari Halloween. Perbuatan beliau telah mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce tersebut menghina Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut.

Pegawai Polis yang bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat tindakan lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut. Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan menggangu ( harrassament ) lelaki Athiest tersebut.

Kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki Islam tersebut beliau telah memberi syarahan berikut:-

“Setelah mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam. Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran di sini.. Saya ingin mencabar kamu tuan ( lelaki Athiest tersebut ) tunjukkan kepada saya di mana di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang yang dah mati. Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok agama orang Iain kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama tersebut

Di dalam masyarakat kita ( Amerika ) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan Pertama. Amat malang setengah orang menguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka – yang malangnya itulah yang kamu lakukan.”

Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut:-

“ Saya tidak rasa kamu sedar tuan bahawa di sana terdapat perbezan yang besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah seorang Athiest ( tidak percaya agama ) – tapi kamu kena faham bahawa Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup dan budaya mereka. Islam adalah segala-galanya bagi mereka ( orang Islam ). Mereka bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Mekah. Untuk menjadi orang Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kenan berusaha untuk melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan ‘Salam alaikum, wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu.

Adalah menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap dengan orang lain mereka akan berkata “ Jika Allah mengkehendaki” ia akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka. Apa yang kamu lakukan adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat apa yang kamu lakukan adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada hak , kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan..

Saya telah mengabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain. Apabila kita pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita sebagai ‘ugly Americans” ( Amerika yang hodoh ). Ini kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak orang lain.”

Kita rindukan hakim seperti dia........moga beliau dapat hidayah.

Saturday, June 1, 2013

enter image description here
Ini kisah nyata seorang pemuda Arab yang menimba ilmu di Amerika rabu, 22 Februari 2006 silam.
Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam, bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari, mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Semula ia berkeberatan, namun karena ia terus mendesak, akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan, lantas kembali duduk. Di saat itu, si pendeta agak terbelalak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergeming dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergeming dari tempatnya.
Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu ia bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim?" Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar, namun sang pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini, yaitu dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memojokkan pemuda tersebut dan sekaligus mengkokohkan markasnya. Pemuda muslim itupun menerima tantangan debat tersebut.
Sang pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silahkan!"
Sang pendeta pun mulai bertanya, "◘ Sebutkan satu yang tiada duanya,
◘ Dua yang tiada tiganya,
◘ Tiga yang tiada empatnya,
◘ Empat yang tiada limanya,
◘ Lima yang tiada enamnya,
◘ Enam yang tiada tujuhnya,
◘ Tujuh yang tiada delapannya,
◘ Delapan yang tiada sembilannya,
◘ Sembilan yang tiada sepuluhnya,
◘ Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
◘ Sebelas yang tiada dua belasnya,
◘ Dua belas yang tiada tiga belasnya,
◘ Tiga belas yang tiada empat belasnya.
◘ Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
◘ Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
◘ Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
◘ Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
◘ Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
◘ Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
◘ Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
◘ Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
◘ Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan 2 di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan senyuman mengandung keyakinan kepada Allah. Setelah membaca basmalah ia berkata, "◘ Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
◘ Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra':12).
◘ Tiga yang tiada empatnya adalah kekhilafan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
◘ Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al- Qur'an.
◘ Lima yang tiada enamnya ialah shalat lima waktu.
◘ Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
◘ Tujuh yang tiada delapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk:3).
◘ Delapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada dipenjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
◘ Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa : tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.
◘ Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barangsiapa yang berbuat kebaikan, maka untuknya sepuluhkali lipat." (Al-An'am: 160).
◘ Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Yusuf.
◘ Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah dari padanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
◘ Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
◘ Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Shubuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir:18).
◘ Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
◘ Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlomba-lomba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaaan terhadap kalian." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
◘ Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).
◘ Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapak dan ibu adalah Nabi Adam, malaikat, unta Nabi Shalih dan kambing Nabi Ibrahim.
◘ Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api, dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
◘ Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
◘ Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT, "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
◘ Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari. Maknanya: Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah shalat yang lima waktu, tiga dikerjakan di malam hari dan dua di siang hari."
Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawaban pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pamit dan beranjak hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh sang pendeta.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" Mendengar pertanyaan itu, lidah sang pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rona wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekhawatirannya, namun hasilnya nihil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia berusaha mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberimu 1 pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"
Pendeta tersebut berkata, "Sungguh aku mengetahui jawaban dari pertanyaan tersebut, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."
Sang pendeta pun berkata, "Jawabannya ialah : Asyhadu an La Ilaha Illallah wa'asyhaduanna Muhammadar Rasulullah."
Lantas sang pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu pun langsung memeluk agama Islam.
ALLAHU AKBAR! Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertaqwa.
Semoga kisah nyata ini dapat menambah kuat iman kita sebagai seorang muslim, dan jika kisah nyata ini dibaca oleh orang non-muslim, semoga dia sadar dan memeluk agama yang paling benar, agama ALLAH SWT.

Tuesday, April 23, 2013

ayatola wrote:
ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD








Gemparr! Arnaud Van Dorn anggota parti Kebebasan haluan kanan Belanda yg sebelum ini telah terlibat dalam pembikinan filem menghina peribadi Rasulullah saw yg telah menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia telah memeluk Islam !

Akhbar2 Saudi termasuk 'Ukkaz dll melaporkan bagaimana Arnaud Van Dorn yg sebelum ini begitu anti dan sangat membenci Islam kini sedang berada di Saudimalah turut menyiarkan gambar2 beliau antaranya ketika beliau menjahit kelambu Kaabah !

Sewaktu beliau menziarahi Masjid Nabawi dan makam Nabi saw..beliau dilihat menangis teresak2 hingga dapat dilihat oleh semua yg hadhir..Ketika ditanya apakah puncanya yg membawanya memeluk Islam..beliau menyatakan bahawa..

Sebenarnya reaksi dan kemarahan luarbiasa umat Islam di seluruh dunia ekoran filem tersebut itulah yg telah mendorongnya utk mengkaji dan mencari apakah rahsia sebenar di sebalik kecintaan yg begitu mendalam umat Islam terhadap peribadi agung tersebut..

sehingalah pada akhirnya beliau mendapati bahawa Nabi Muhammad saw yg pernah dimusuhinya itu sebenarnya adalah satu peribadi paling agung dlm sejarah peradaban manusia..!

'Tangisan' beliau semakin kuat ketika beliau berdiri di hadapan makam Baginda saw...Kini beliau merancang utk mengerjakan umrah dan akan kembali ke Madinah al-Munawwarah...


ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR

Very Happy Sad



Walau 'kelmarin' dia menghina islam atau peribadi Nabi saw..tapi hari ini Allah swt dgn qudrat dan iradatnya telah pusingkan arah hidupnya hingga menjadi sebahagain dari umat Baginda saw..

Allah swt adalah pemilik dan pemberi Hidayah nya bagi sesiapa yg dia kehendakinya... 



imej beliau solat di masjid Nabawi 

Monday, February 11, 2013

Dosa Wanita



Orang-orang Yang Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita
Date: Monday, February 11 @ 20:00:00 MYT
Topic: Sudut Agama


Oleh Wan Muhd Ali

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:
‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’
Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:





  • Suaminya.
  • Ayahnya.
  • Saudara lelakinya.
  • Anak lelakinya.
Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?
Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:
Sahabat
Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.
Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:
  1. Tegur dengan tangan jika terdaya.
  2. Tegur dengan mulut jika terdaya.
  3. Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.
Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?
Orang yang melihat
Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.
Jurufoto
Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.
Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.
Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.
Penjual/ penyebar
Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.
Pembeli/ pembaca
Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.
Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.
Nauzubillah…
Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…
Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah….


Friday, February 8, 2013

HUKUM WANITA BERSANGGUL DAN BAJU BERWARNA

Hukum Wanita Bersanggul Dan Baju Berwarna
Date: Friday, February 08 @ 15:36:47 MYT
Topic: Fesyen


Oleh Dr MAZA
Soalan : Dr MAZA, sekarang ini menjadi trend wanita menyimpan sanggul tinggi. Begitu juga ramai wanita yang memakai pakaian yang menutup aurat tetapi berwarna. Tidakkah wanita hanya patut berwarna gelap? Apakah muka itu boleh jadi aurat? Apakah hukum dalam perkara-perkara seperti ini? Ada yang kata semua itu haram, tidak penuh syarat pakaian Islam dan ada pula yang kata boleh. Apakah pandangan Dr Asri dalam hal ini?
Juliana, Petaling Jaya.
Jawapan Dr MAZA: Terima Juliana atas soalan yang dikemukakan. Syabas juga kepada saudari kerana prihatin soal pakaian wanita dalam agama kita. Wanita amat tinggi nilainya dalam Islam. Oleh kerana tingginya harga wanita dalam agama ini, maka mereka dijaga dan dipelihara oleh Islam dengan sebaiknya agar tidak tercemar atau dipandang serong. Di sini, saya nyatakan beberapa perkara berikut;


1. Peraturan pakaian wanita dalam ajaran Islam adalah bertujuan memelihara ketinggian nilai wanita dan membezakan mereka dengan wanita-wanita lain yang tidak mementingkan nilai kemuliaan. Serta mengelakkan mereka terdedah kepada gangguan orang atas andaian mereka golongan murahan. Firman Allah: (maksudnya)
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Maka, asas dalam membuat reka fesyen pakaian seorang wanita muslimah hendaklah berteraskan pakaian yang memberikan gambaran yang pemakainya seorang wanita yang baik dan tidak bertujuan menarik nafsu atau meransang lelaki dengan pendedahan, warna yang melampau, rekaan fesyen yang memberikan nilai yang negatif dan seumpamanya.
2. Sebelum kita pergi lebih jauh, wajar kita tahu bahawa dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah) ada yang agak ketat pandangan mereka mengenai aurat wanita, dan ada yang sederhana. Bahkan ada yang longgar sehingga menganggap soal jilbab dalam ayat Surah Al-Ahzab di atas hanya berkaitan wanita-wanita Arab sahaja. Ini seperti yang dinyatakan oleh al-Syeikh Muhammad Tahir Ibn ‘Asyur ketika memperkatakan ayat tersebut:
“Ini peraturan yang meraikan kebiasaan Arab. Maka kaum yang tidak memakai jilbab, maka tidak terbabit dengan hukum tersebut” ( Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah, ms 228, al-Basair li Intaj al-‘Ilm).
Ada juga yang ketat sehingga menganggap wanita keseluruhannya aurat; termasuk wajah mereka. Dengan itu golongan ini mewajibkan niqab (purdah). Namun jumhur (mijoriti) ulama berpendapat bahawa diri wanita memang tidak boleh didedahkan kepada kepada lelaki bukan mahramnya, tapi dikecualikan muka dan tapak tangan. Dalam Mazhab Hanafi, dilonggarkan sedikit lagi, maka pergelangan kaki diizin. Ini kerana pergelangan kaki sesuatu yang sukar untuk dielakkan terdedah, terutama wanita yang bertugas dengan tugasan tertentu dan pada zaman dahulu pula tidak kecanggihan stokin seperti sekarang.
3. Pada saya, pendapat jumhur (mijoriti ulama) yang menganggap wajah wanita dan tapak tangan bukanlah aurat yang wajib ditutup merupakan pendapat yang kuat berteraskan dalil-dalil yang kukuh. Antara hujah yang kuat dalam hal ini firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31(maksudnya):
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara: pertama; maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan penbincangan ayat tersebut dalam kitabnya al-Radd al-Mufhim membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabah yang memegang pendapat ini.
Kedua; ayat di atas menyatakan “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”. Allah hanya memerintahkan agar sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Bahagian belahan leher yang mungkin mendedahkan dada dan sekitarnya itu perlu ditutup. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga. Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla: “Ayat adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu”
4. Adapun sanggul; terdapat hadis Nabi s.a.w. di mana seorang wanita bertanya Nabi s.a.w:
“Wahai Rasulullah! Saya seorang wanita yang mempunyai dandanan yang kemas, apakah saya mesti merongkaikannya untuk mandi junub? Jawab Rasulullah s.a.w: “Tidak! Hanya memadai engkau mencurahkan sebanyak tiga kali, kemudian engkau sirami dirimu dengan air, maka engkau telah bersuci” (Riwayat Muslim).
Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w tidak membantah wanita ini mempunyai dandanan yang kemas. Bahkan diberikan kemudahan kepada mereka yang bersanggul untuk tidak merongkaikannya ketika mandi wajib.
Gambar Hiasan
5. Adapun pakaian wanita yang berwarna bukanlah satu kesalahan selagi warna itu secara lojik itu tidak membawa kepada pandangan yang serong ataupun buruk terhadap dirinya. Ini kerana wanita pada zaman Nabi s.a.w, bahkan isteri-isteri dan anak perempuan baginda juga memakai pakaian berwarna. Begitu banyak riwayat yang membuktikan hal tersebut. Antaranya apa yang disebut oleh Aishah bint Sa’d:
“Aku melihat enam dari isteri-isteri memakai pakaian mu’asfar (berwarna merah)” (Riwayat al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah).
Mu’asfar bermaksud dicelup dengan ‘usfur iaitu sejenis tumbuhan yang menghasilkan warna merah. Said bin Jubair meriwayatkan bahawa beliau lihat sesetengah isteri Nabi s.a.w bertawaf di Kaabah memakai pakaian mu’asfar (Riwayat Ibn Abi Syaibah). ‘Umar bin Al-Khattab apabila melihat lelaki memakai warna mu’asfar, akan memarahi mereka dan berkata: “Tinggalkan ini untuk wanita” (al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah).
6. Begitu juga “Anas bin Malik melihat Umm al-Kalthum puteri Rasulullah s.a.w memakai selendang daripada sutera bersulam emas” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ini menunjukkan pakaian jenama mahal, halus dan berwarna yang menawan iaitu keemasan. Dalam riwayat al-Bukhari juga: “Isteri ‘Abd al-Rahman bin al-Zubair datang mengadu kepada ‘Aishah. Kata Aishah r.a: “Dia memakai pakaian berwarna hijau”.
7. Maka kata al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (463):
“Adapun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna mu’asfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah” (al-Tamhid, 16/123, Muassasah al-Qurtubah).
Apa yang disebutkan ialah warna yang digunakan pada zaman tersebut. Sebahagian warna yang dilarang kepada lelaki, tetap dibenar perempuan. Ada keluasan dalam masalah ini.
8. Maka wanita boleh untuk bersanggul, membuka wajah mereka dan berpakaian berwarna. Asas yang penting yang mesti dijaga hendaklah penampilan mereka tidak memperlihatkan seakan mereka wanita yang kurang baik, atau ‘memburu lelaki’ atau apa yang boleh menimbulkan sangkaan pada kebiasaannya. Warna dan jenis pakaian dinilai berdasarkan kepada anggapan sesebuah masyarakat juga. Di samping ketetapan syarak, apa yang menjadi persepsi sesebuah masyarakat mengenai sesuai fesyen hendaklah diambil kira. Ini mereka ayat itu tadi: (maksud) ; “cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu”.

Sunday, January 27, 2013

BANDUAN 650

Banduan 650, Dr Affia Siddiqui
Tarikh : Sunday, January 27 @ 03:00:00 MYT
Topik : Artikel


"Banduan 650."

Itu nama lain bagi saudari seIslam kita, Dr. Aafia Siddiqui.

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.

Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:

"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk: tausyah.wordpress.com )

Siapakah Aafia?

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika. ( Rujuk ucapan Yvonne tentang Aafia: youtube )

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri. ( rujukan:http://luv-ima.blogspot.com )

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).

Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."

Justice for Aafia.

sumber: Muntah Pelangi

Sunday, January 20, 2013

AMBIL IKTIBAR..........



Kisah Sedih Seorang Ibu (Sediakan Tisu)


Assalamualaikum semua…post ni merupakan satu cerita yang agak sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hergailah mereka selagi kita masih punyai…kini c.z hanya mempunyai ibu sahaja…dan cz memang SAYANGKAN DIA…..
Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

KISAH SEORANG JURURAWAT MEMELUK ISLAM


Kisah Seorang Jururawat Memeluk Islam
Posted on Sunday, January 20 @ 09:17:15 MYT by paktam
ArtikelSeorang jururawat dari Amerika Syarikat bercerita mengenai perjalanannya memasuki agama suci kita, Islam. Pertama kali aku mendengar bicara mengenai Islam ialah ketika sedang menonton satu program di TV. Aku ketawa mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka.

Setahun selepas itu, sekali lagi aku mendengar tentang ajaran Islam. Kamu tahu di mana? Di hospital tempat aku bekerja.
Hari itu sepasang suami isteri datang membawa seorang wanita tua yang sakit tenat. Si isteri duduk di hadapan tempat dudukku memerhatikan aku menjalankan tugasku. Aku perhatikan dia benar-benar dalam keadaan resah. Sekali sekala dia mengesat air matanya yang tak henti-henti mengalir.

Acuh tak acuh aku bertanya kenapa dia begitu sedih dan menangis tak henti-henti? Katanya, dia dan suami datang dari jauh, mencari tempat untuk merawat ibu mertuanya. Sambil bercakap dia tidak reda menangis dan berdoa agar ibu mertuanya sembuh dan kembali pulih.

Aku tergamam. Kagum dan kaget. Dia datang dari jauh bersama suami semata-mata bertujuan untuk merawat ibunya. Tiba-tiba aku teringatkan ibuku. Aku bertanya kepada diri sendiri, di mana ibuku? Sudah empat bulan aku tidak bertemu dengannya dan sampai saat ini aku tidak terfikir untuk menziarahinya. Itu ibuku sendiri, bagaimana pula kalau ibu mertuaku?

Sungguh. Aku benar-benar kagum melihat suami isteri ini, lebih-lebih lagi keadaan ibu sangat tenat, harapan untuk hidup dan sembuh terlalu tipis. Dan yang lebih mengkagumkan aku ialah si isteri. Apa masalah dia, walhal yang sakit ibu suaminya. Buat apa dia menyusahkan diri memberi perhatian kepada wanita tua yang bukan ibunya, pada hal dia seorang perempuan muda dan cantik? Kenapa?

Itulah persoalan yang berlegar di dalam benakku. Segenap ruang dalam fikiranku seoalah-olah dipenuhi persoalan itu sahaja! Aku bayangkan diriku berada di tempat wanita tua yang sedang bertarung dengan kematian itu. Alangkah bahagianya ku rasa! Alangkah beruntungnya wanita tua itu! Sungguh aku cemburu akan keberuntungannya! Suami isteri yang baik itu berada di sisinya sepanjang waktu. Panggilan telefon dari luar pula hampir tidak putus bertanyakan hal keadaan ibu tua yang sedang sakit tenat.

Suatu hari ketika aku masuk ke ruang menunggu, aku dapati si isteri sedang bersendirian di situ. Aku menggunakan kesempatan itu untuk bertanya beberapa soalan yang aku inginkan jawapannya. Aku begitu terpukau mendengar penjelasannya tentang hak ibu bapa di dalam Islam dan betapa Islam mengangkat darjat kedua-duanya serta bagaimana sepatutnya kita berinteraksi dan melayani kedua-dua ibu bapa.

Beberapa hari kemudian ibu tua pun meninggal dunia. Wanita muda dan suaminya menangis sekuat-kuatnya seperti kanak-kanak yang masih kecil.

Selepas itu keadaan suami isteri muda dan hak ibu bapa dalam Islam terus menghantui fikiranku. Aku menulis surat kepada sebuah pusat Islam meminta buku-buku mengenai hak ibu bapa dalam Islam. Setelah membacanya, aku hidup dalam mimpi indah yang tidak pernah pergi dari sisiku.

Aku bayangkan aku seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang sangat menyayangiku, sentiasa mengambil berat tentang diriku dan berbakti kepadaku sehingga ke penghujung usiaku tanpa mengharap apa-apa balasan daripadaku.

Dengan mimpi yang indah itu membuatkan aku terus mengisytiharkan keislamanku walaupun aku belum mengetahui apa-apa tentang Islam kecuali hak ibu dan bapa. Alhamdulillah aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga baru memeluk Islam dan kini telah dikurniakan beberapa orang anak yang aku sentiasa doakan.
 saja-saja.blogspot. 

Friday, January 18, 2013

SIAPAKAH ALLAH ?

Siapakah ALLAH?
Tarikh : Saturday, January 19 @ 08:44:14 MYT
Topik : Agama


Banyak ayat-ayat di dalam al-Quran telah memberitahu kita siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifat ALLAH.  Di dalam tulisan ini akan diterangkan secara ringkas siapakah ALLAH sebagaimana yang telah diceritakan sendiri oleh ALLAH di dalam al-Quran iaitu kitab suci yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad (semoga solawat dan salam ALLAH ke atasnya).


Berikut disenaraikan beberapa ayat yang biasa dibaca oleh orang-orang Islam beberapa kali dalam sehari.  Ayat-ayat ini dibaca berulang-ulang kali supaya antara hikmahnya ialah orang-orang yang beragama Islam dan beriman dengan ALLAH faham dan menghayati dengan sungguh-sungguh akan siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifatNYA.

Siapakah ALLAH dan Bagaimana Sifat-sifatNYA?
 
Surah pertama di dalam al-Quran iaitu surah al-Fatihah ada menceritakan siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifatnya.  Surah ini dibaca berulang-ulang kali oleh umat Islam ketika mengerjakan ibadat solat.  Paling kurang 17 kali dalam satu hari.  Lihat ayat 2-5 yang dari surah tersebut yang menceritakan siapakah ALLAH:

 
Bagi menerangkan siapakah ALLAH dan sifat-sifatNYA, surah al-Ikhlas yang selalu dibaca oleh umat Islam juga menerangkannya dengan jelas dan ringkas.  Surah ini selalu dibaca oleh umat Islam selepas selesai ibadah solat, sebelum tidur dan sebagai ibadah mengingati ALLAH pada pagi dan petang.

Orang-orang Makkah ketika berhadapan dengan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam pernah bertanya kepada Baginda akan siapakah ALLAH?  Lalu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam telah menjawab sebagaimana yang telah disuruh oleh ALLAH dalam surah al-Ikhlas berikut:

 
Dan satu lagi ayat yang biasa dibaca oleh umat Islam ialah ayat ke-255 dari surah ke-2, iaitu surah al-Baqarah.  Ayat ini menerangkan siapakah ALLAH dan sifat-sifatNYA.  Ia berbunyi dan bermaksud seperti berikut:

 
Ayat tersebut selalu dibaca oleh umat Islam selepas mengerjakan ibadah solat, dijadikan bacaan pagi dan petang, dibaca sebelum tidur dan lain-lain keadaan.

Secara Ringkas Mengenai ALLAH & Sifat-sifatNYA
 
Walaupun banyak lagi ayat dalam al-Quran yang menerangkan siapakah sebenarnya ALLAH dan sifat-sifatNYA, namun secara ringkas dan jelas telah disebut di dalam ayat-ayat di atas sebagai panduan buat manusia.  Secara ringkasnya:
  • ALLAH memiliki semua kebaikan/pujian.
  • ALLAH Tuhan sekalian alam.
  • ALLAH Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
  • ALLAH Menguasai Hari Pembalasan iaitu Hari Akhirat.
  • ALLAH lah sahaja tuhan yang manusia sembah
  • ALLAH lah sahaja tempat semua meminta sebarang pertolongan.
  • ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Esa/Tunggal.
  • ALLAH adalah tempat semua meminta sebarang permintaan/hajat.
  • ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan.
  • ALLAH tidak serupa dengan sesiapa pun.
  • ALLAH adalah Tuhan yang disembah, tiada siapa pun layak disembah selain DIA.
  • ALLAH adalah Tuhan Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNYA).
  • ALLAH tidak mengantuk dan tidak tidur.
  • ALLAH memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
  • ALLAH sahaja yang boleh memberikan pertolongan.
  • ALLAH mengetahui apa yang manusia zahirkan dan apa yang manusia sembunyikan.
  • ALLAH memberi pengetahuan kepada manusia mengikut apa yang dikehendakiNYA.
  • ALLAH berkuasa meliputi langit dan bumi.
  • ALLAH tidak menghadapi masalah dan kesusahan menjaga serta memelihara apa-apa meliputi langit dan bumi.
  • ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
Lain-lain perincian mengenai siapakah ALLAH dan bagaimana sifat-sifatNYA, bolehlah merujuk kepada kitab al-Quran.  Di sana banyak diterangkan mengenai hal yang penting tersebut.

Jangan Selewengkan Mengenai ALLAH dan Sifat-sifatNYA
 
Sejak Nabi Adam lagi, manusia telah diajar siapakah ALLAH dan sifat-sifatNYA.  Dakwah agar mentauhidkan ALLAH, yakni meng-esa-kan ALLAH dan tiada yang lain layak disembah melainkan hanya ALLAH telah disampaikan dari generasi ke generasi melalui utusan-utusan yang telah dilantik oleh ALLAH Yang Maha Esa.

Namun, sepanjang tempoh itu telah ada manusia yang menyelewengkan mengenai ALLAH dan sifat-sifatNYA secara sengaja atau pun tidak sengaja.  Mereka telah lari dan terpesong dari ajaran para nabi.  Sebab itulah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sebagai utusan terakhir dari ALLAH diberi tugas yang sama kepada nabi-nabi sebelumnya, iaitu mengajak manusia agar mentauhidkan ALLAH.  Hanya ALLAH lah Tuhan yang layak disembah.

Ada mesej khas buat golongan Nasrani dan Yahudi mengenai penyelewengan ini, antaranya disebut di dalam ayat ini:

 
Buat masyarakat Makkah pula, berikut ini adalah antara mesej khas buat mereka yang telah menyelewengi ALLAH:

 
Banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menerangkan kembali kepada golongan Nasrani, Yahudi, Musyrikin dan selainnya tentang siapakah ALLAH yang sebenarnya dan bagaimanakah sifat-sifatNYA.  Kitab al-Quran yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam adalah sama misinya dengan nabi-nabi sebelum Baginda, iaitu mesej dan misi utamanya ialah mengajak manusia kembali menyembah ALLAH yang Maha Esa.  Tiada sekutu bagiNYA. 

لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله

"Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Hanya ALLAH" 

Saya mengajak diri saya, tuan/puan yang sudah beragama Islam dan yang belum beragama Islam agar marilah kita sama-sama mengenali ALLAH, Tuhan yang telah menjadikan kita semua, DIA lah yang mengurus dan mentadbir seluruh alam.  ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Esa.  DIA lah tempat kita semua mengadu dan meminta.  DIA tidak beranak dan tidak diperanakkan.  Dan tiada sesiapa atau apa pun yang sama dan setara denganNYA.

Bagi mendedahkan diri kita kepada mesej-mesej benar dari ALLAH dan melanjutkan kefahaman kita mengenai seruan ALLAH, maka jemputlah baca dan belek al-Quran beserta memahami maksudnya.  Jika melalui online, antara laman yang menyediakan kemudahan membaca al-Quran beserta makna dalam banyak bahasa ialah seperti berikut:
Semoga kita semua diberi petunjuk oleh ALLAH ke jalan yang lurus sebagaimana orang-orang yang telah diberi nikmat kepada mereka, jalan yang DIA redhai.  Bukannya jalan orang-orang ALLAH murkai dan sesat, amin…

ALLAH Lebih Mengetahui.