Kita rindukan hakim seperti dia........moga beliau dapat hidayah.
Tarikh : Tuesday, June 04 @ 12:32:13 MYT
Topik : Artikel
“Hakim
itu ada tiga kategori. Satu kategori hakim masuk syurga, manakala dua
kategori hakim lagi masuk neraka. Hakim yang berilmu pengetahuan dan
kemudian mengadili (kes) dengan keilmuannya maka dia masuk syurga.
Manakala hakim yang mengadili tanpa ilmu (tentang kes yang diadilinya)
maka dia masuk neraka. Begitu juga hakim jahil yang mengadili kes
berteraskan kejahilannya maka dia juga masuk neraka.”
At-Tirmidzi: 1244
Pasca PRU 13, kita dikejutkan satu syarahan oleh mantan hakim
Melayu yang rasis. Syukur kerana beliau berucap dalam keadaan telah "menanggalkan" baju hakim yang mulia.
Jika tidak, tentunya memalukan institusi kehakiman yang sedang berada dalam proses pemulihan imej angkara Dr Mahathir.
Mari kita baca dan hayati kisah seorang hakim di Amerika Syarikat.
Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika, Islam
sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika
menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat
dengan Islam.
Tragedi 911 telah menyebabkan
perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas. Salah satu
indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi
kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi
tempoh yang agak lama. Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran sehingga
menyebabkan Penerbit buku yang terkenal , Penguin Books, yang telah
menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak
lebih dari 20,000 naskah AlQuran sejurus berlakunya tragedi 911.
Akhbar
USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk “"People Want to Know,
so Koran is Bestseller," penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55
kali selepas 911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang
sarjana barat yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito
menyatakan “ kekuatan Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa
sahaja membuka mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa
Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia.”
Satu
kes yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika. Ia
melibatkan seorang Islam , Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist,
Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w .
Ernie
Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi
Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan
sempena menyambut hari Halloween. Perbuatan beliau telah mengakibatkan
Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan
tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce tersebut menghina
Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut.
Pegawai
Polis yang bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat
tindakan lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan
bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka
beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut.
Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas
tuduhan menggangu ( harrassament ) lelaki Athiest tersebut.
Kes
tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim
tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan
membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki
Islam tersebut beliau telah memberi syarahan berikut:-
“Setelah
mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya
rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam.
Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran di sini.. Saya ingin mencabar kamu
tuan ( lelaki Athiest tersebut ) tunjukkan kepada saya di mana di dalam
Al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan
bersama orang-orang yang dah mati. Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok
agama orang Iain kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama
tersebut
Di dalam masyarakat kita ( Amerika ) kita mempunyai
Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan
Pertama. Amat malang setengah orang menguna Pindaan Pertama tersebut
bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak
fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa
datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi
membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya
bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka – yang
malangnya itulah yang kamu lakukan.”
Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut:-
“
Saya tidak rasa kamu sedar tuan bahawa di sana terdapat perbezan yang
besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah
seorang Athiest ( tidak percaya agama ) – tapi kamu kena faham bahawa
Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup dan budaya mereka.
Islam adalah segala-galanya bagi mereka ( orang Islam ). Mereka
bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Mekah. Untuk menjadi orang
Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji
melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kenan berusaha
untuk melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan ‘Salam
alaikum, wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu.
Adalah
menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap
dengan orang lain mereka akan berkata “ Jika Allah mengkehendaki” ia
akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka. Apa yang kamu lakukan
adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat
apa yang kamu lakukan adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada
hak , kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang
ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan..
Saya telah
mengabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain.
Apabila kita pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang
memanggil kita sebagai ‘ugly Americans” ( Amerika yang hodoh ). Ini
kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung
mempedulikan hak-hak orang lain.”
Kita rindukan hakim seperti dia........moga beliau dapat hidayah.
No comments:
Post a Comment