HOME

Monday, November 19, 2012


Add caption
Alhamdulillah, Penyanyi Rap Wanita Perancis Peluk Islam

Paris- Seorang penyanyi rap wanita terkenal di Perancia, Diam, mengejutkan peminatnya apabila buat pertama kali tampil memakai hijab selepas memeluk Islam.

Diam atau nama sebenarnya
 Melanie Georgiades, disifatkan telah melakukan proses transformasi sepenuhnya daripada seorang penyanyi rap kepada seorang wanita Muslim.

Sejak 2009, Diam telah mencetuskan kontroversi kerana jarang muncul di khalayak ramai dan kontroversi berkenaan akhirnya lenyap dengan penampilan pertamanya dalam interview dengan stesen televisyen Perancis, TF1.

Dalam temu bual eksklusif itu, Diam menceritakan kisah silamnya dan bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam.

Jelas Diam, dia diperkenalkan secara kebetulan oleh seorang rakan beragama Islam.

“Saya memeluk Islam selepas melihat rakan saya menunaikan solat. Ketika itu saya memberitahunya bahawa saya juga ingin bersolat.

“Ketika bersujud, itulah kali pertama saya menyentuh dahi ke lantai dan ia merupakan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dan saya kini percaya, kita hanya tunduk kepada Allah, bukan insan lain,’’ katanya.

Menurut Diam, dia memeluk Islam selepas memahami agama itu dan membaca Al-Quran.

Dia juga berpindah ke Mauritius untuk belajar membaca Al- Quran dan kini lebih memahami Islam sepanjang proses memeluk Islam.

Menceritakan kisah silamnya, Diam berkata, walaupun dia seorang yang terkenal namun dalam hatinya, tiada siapa yang tahu bagaimana dia menangis setiap malam kerana hatinya berasa kosong dan kesepian.

“Saya merupakan penagih dadah tegar, sering berasa halusinasi dan terpaksa masuk ke pusat rawatan mental untuk pulih, sehinggalah seorang rakan Muslim saya memberitahu bahawa dia ingin bersolat.

“Dengan memeluk Islam, hidup saya lebih tenang dan saya juga tahu tujuan sebenar kita diciptaNya,’’ katanya.

Diam yang telah berkahwin lebih setahun lalu, kini bergelar ibu dan telah pulih sepenuhnya daripada masalah ketagihan dadah.

Ditanya mengenai pemakaian hijab itu, Diam berkata dia tidak berasa kecil hati apabila dikritik namun kecewa dengan pandangan steorotaip penduduk Perancis terhadap wanita berhijab.
Like ·  · Promote · 

No comments:

Post a Comment