HOME

Sunday, January 27, 2013

BANDUAN 650

Banduan 650, Dr Affia Siddiqui
Tarikh : Sunday, January 27 @ 03:00:00 MYT
Topik : Artikel


"Banduan 650."

Itu nama lain bagi saudari seIslam kita, Dr. Aafia Siddiqui.

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.

Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:

"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk: tausyah.wordpress.com )

Siapakah Aafia?

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika. ( Rujuk ucapan Yvonne tentang Aafia: youtube )

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri. ( rujukan:http://luv-ima.blogspot.com )

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).

Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."

Justice for Aafia.

sumber: Muntah Pelangi

Sunday, January 20, 2013

AMBIL IKTIBAR..........



Kisah Sedih Seorang Ibu (Sediakan Tisu)


Assalamualaikum semua…post ni merupakan satu cerita yang agak sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hergailah mereka selagi kita masih punyai…kini c.z hanya mempunyai ibu sahaja…dan cz memang SAYANGKAN DIA…..
Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

KISAH SEORANG JURURAWAT MEMELUK ISLAM


Kisah Seorang Jururawat Memeluk Islam
Posted on Sunday, January 20 @ 09:17:15 MYT by paktam
ArtikelSeorang jururawat dari Amerika Syarikat bercerita mengenai perjalanannya memasuki agama suci kita, Islam. Pertama kali aku mendengar bicara mengenai Islam ialah ketika sedang menonton satu program di TV. Aku ketawa mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka.

Setahun selepas itu, sekali lagi aku mendengar tentang ajaran Islam. Kamu tahu di mana? Di hospital tempat aku bekerja.
Hari itu sepasang suami isteri datang membawa seorang wanita tua yang sakit tenat. Si isteri duduk di hadapan tempat dudukku memerhatikan aku menjalankan tugasku. Aku perhatikan dia benar-benar dalam keadaan resah. Sekali sekala dia mengesat air matanya yang tak henti-henti mengalir.

Acuh tak acuh aku bertanya kenapa dia begitu sedih dan menangis tak henti-henti? Katanya, dia dan suami datang dari jauh, mencari tempat untuk merawat ibu mertuanya. Sambil bercakap dia tidak reda menangis dan berdoa agar ibu mertuanya sembuh dan kembali pulih.

Aku tergamam. Kagum dan kaget. Dia datang dari jauh bersama suami semata-mata bertujuan untuk merawat ibunya. Tiba-tiba aku teringatkan ibuku. Aku bertanya kepada diri sendiri, di mana ibuku? Sudah empat bulan aku tidak bertemu dengannya dan sampai saat ini aku tidak terfikir untuk menziarahinya. Itu ibuku sendiri, bagaimana pula kalau ibu mertuaku?

Sungguh. Aku benar-benar kagum melihat suami isteri ini, lebih-lebih lagi keadaan ibu sangat tenat, harapan untuk hidup dan sembuh terlalu tipis. Dan yang lebih mengkagumkan aku ialah si isteri. Apa masalah dia, walhal yang sakit ibu suaminya. Buat apa dia menyusahkan diri memberi perhatian kepada wanita tua yang bukan ibunya, pada hal dia seorang perempuan muda dan cantik? Kenapa?

Itulah persoalan yang berlegar di dalam benakku. Segenap ruang dalam fikiranku seoalah-olah dipenuhi persoalan itu sahaja! Aku bayangkan diriku berada di tempat wanita tua yang sedang bertarung dengan kematian itu. Alangkah bahagianya ku rasa! Alangkah beruntungnya wanita tua itu! Sungguh aku cemburu akan keberuntungannya! Suami isteri yang baik itu berada di sisinya sepanjang waktu. Panggilan telefon dari luar pula hampir tidak putus bertanyakan hal keadaan ibu tua yang sedang sakit tenat.

Suatu hari ketika aku masuk ke ruang menunggu, aku dapati si isteri sedang bersendirian di situ. Aku menggunakan kesempatan itu untuk bertanya beberapa soalan yang aku inginkan jawapannya. Aku begitu terpukau mendengar penjelasannya tentang hak ibu bapa di dalam Islam dan betapa Islam mengangkat darjat kedua-duanya serta bagaimana sepatutnya kita berinteraksi dan melayani kedua-dua ibu bapa.

Beberapa hari kemudian ibu tua pun meninggal dunia. Wanita muda dan suaminya menangis sekuat-kuatnya seperti kanak-kanak yang masih kecil.

Selepas itu keadaan suami isteri muda dan hak ibu bapa dalam Islam terus menghantui fikiranku. Aku menulis surat kepada sebuah pusat Islam meminta buku-buku mengenai hak ibu bapa dalam Islam. Setelah membacanya, aku hidup dalam mimpi indah yang tidak pernah pergi dari sisiku.

Aku bayangkan aku seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang sangat menyayangiku, sentiasa mengambil berat tentang diriku dan berbakti kepadaku sehingga ke penghujung usiaku tanpa mengharap apa-apa balasan daripadaku.

Dengan mimpi yang indah itu membuatkan aku terus mengisytiharkan keislamanku walaupun aku belum mengetahui apa-apa tentang Islam kecuali hak ibu dan bapa. Alhamdulillah aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga baru memeluk Islam dan kini telah dikurniakan beberapa orang anak yang aku sentiasa doakan.
 saja-saja.blogspot. 

Friday, January 18, 2013

SIAPAKAH ALLAH ?

Siapakah ALLAH?
Tarikh : Saturday, January 19 @ 08:44:14 MYT
Topik : Agama


Banyak ayat-ayat di dalam al-Quran telah memberitahu kita siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifat ALLAH.  Di dalam tulisan ini akan diterangkan secara ringkas siapakah ALLAH sebagaimana yang telah diceritakan sendiri oleh ALLAH di dalam al-Quran iaitu kitab suci yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad (semoga solawat dan salam ALLAH ke atasnya).


Berikut disenaraikan beberapa ayat yang biasa dibaca oleh orang-orang Islam beberapa kali dalam sehari.  Ayat-ayat ini dibaca berulang-ulang kali supaya antara hikmahnya ialah orang-orang yang beragama Islam dan beriman dengan ALLAH faham dan menghayati dengan sungguh-sungguh akan siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifatNYA.

Siapakah ALLAH dan Bagaimana Sifat-sifatNYA?
 
Surah pertama di dalam al-Quran iaitu surah al-Fatihah ada menceritakan siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifatnya.  Surah ini dibaca berulang-ulang kali oleh umat Islam ketika mengerjakan ibadat solat.  Paling kurang 17 kali dalam satu hari.  Lihat ayat 2-5 yang dari surah tersebut yang menceritakan siapakah ALLAH:

 
Bagi menerangkan siapakah ALLAH dan sifat-sifatNYA, surah al-Ikhlas yang selalu dibaca oleh umat Islam juga menerangkannya dengan jelas dan ringkas.  Surah ini selalu dibaca oleh umat Islam selepas selesai ibadah solat, sebelum tidur dan sebagai ibadah mengingati ALLAH pada pagi dan petang.

Orang-orang Makkah ketika berhadapan dengan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam pernah bertanya kepada Baginda akan siapakah ALLAH?  Lalu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam telah menjawab sebagaimana yang telah disuruh oleh ALLAH dalam surah al-Ikhlas berikut:

 
Dan satu lagi ayat yang biasa dibaca oleh umat Islam ialah ayat ke-255 dari surah ke-2, iaitu surah al-Baqarah.  Ayat ini menerangkan siapakah ALLAH dan sifat-sifatNYA.  Ia berbunyi dan bermaksud seperti berikut:

 
Ayat tersebut selalu dibaca oleh umat Islam selepas mengerjakan ibadah solat, dijadikan bacaan pagi dan petang, dibaca sebelum tidur dan lain-lain keadaan.

Secara Ringkas Mengenai ALLAH & Sifat-sifatNYA
 
Walaupun banyak lagi ayat dalam al-Quran yang menerangkan siapakah sebenarnya ALLAH dan sifat-sifatNYA, namun secara ringkas dan jelas telah disebut di dalam ayat-ayat di atas sebagai panduan buat manusia.  Secara ringkasnya:
  • ALLAH memiliki semua kebaikan/pujian.
  • ALLAH Tuhan sekalian alam.
  • ALLAH Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
  • ALLAH Menguasai Hari Pembalasan iaitu Hari Akhirat.
  • ALLAH lah sahaja tuhan yang manusia sembah
  • ALLAH lah sahaja tempat semua meminta sebarang pertolongan.
  • ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Esa/Tunggal.
  • ALLAH adalah tempat semua meminta sebarang permintaan/hajat.
  • ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan.
  • ALLAH tidak serupa dengan sesiapa pun.
  • ALLAH adalah Tuhan yang disembah, tiada siapa pun layak disembah selain DIA.
  • ALLAH adalah Tuhan Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNYA).
  • ALLAH tidak mengantuk dan tidak tidur.
  • ALLAH memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
  • ALLAH sahaja yang boleh memberikan pertolongan.
  • ALLAH mengetahui apa yang manusia zahirkan dan apa yang manusia sembunyikan.
  • ALLAH memberi pengetahuan kepada manusia mengikut apa yang dikehendakiNYA.
  • ALLAH berkuasa meliputi langit dan bumi.
  • ALLAH tidak menghadapi masalah dan kesusahan menjaga serta memelihara apa-apa meliputi langit dan bumi.
  • ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
Lain-lain perincian mengenai siapakah ALLAH dan bagaimana sifat-sifatNYA, bolehlah merujuk kepada kitab al-Quran.  Di sana banyak diterangkan mengenai hal yang penting tersebut.

Jangan Selewengkan Mengenai ALLAH dan Sifat-sifatNYA
 
Sejak Nabi Adam lagi, manusia telah diajar siapakah ALLAH dan sifat-sifatNYA.  Dakwah agar mentauhidkan ALLAH, yakni meng-esa-kan ALLAH dan tiada yang lain layak disembah melainkan hanya ALLAH telah disampaikan dari generasi ke generasi melalui utusan-utusan yang telah dilantik oleh ALLAH Yang Maha Esa.

Namun, sepanjang tempoh itu telah ada manusia yang menyelewengkan mengenai ALLAH dan sifat-sifatNYA secara sengaja atau pun tidak sengaja.  Mereka telah lari dan terpesong dari ajaran para nabi.  Sebab itulah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sebagai utusan terakhir dari ALLAH diberi tugas yang sama kepada nabi-nabi sebelumnya, iaitu mengajak manusia agar mentauhidkan ALLAH.  Hanya ALLAH lah Tuhan yang layak disembah.

Ada mesej khas buat golongan Nasrani dan Yahudi mengenai penyelewengan ini, antaranya disebut di dalam ayat ini:

 
Buat masyarakat Makkah pula, berikut ini adalah antara mesej khas buat mereka yang telah menyelewengi ALLAH:

 
Banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menerangkan kembali kepada golongan Nasrani, Yahudi, Musyrikin dan selainnya tentang siapakah ALLAH yang sebenarnya dan bagaimanakah sifat-sifatNYA.  Kitab al-Quran yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam adalah sama misinya dengan nabi-nabi sebelum Baginda, iaitu mesej dan misi utamanya ialah mengajak manusia kembali menyembah ALLAH yang Maha Esa.  Tiada sekutu bagiNYA. 

لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله

"Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Hanya ALLAH" 

Saya mengajak diri saya, tuan/puan yang sudah beragama Islam dan yang belum beragama Islam agar marilah kita sama-sama mengenali ALLAH, Tuhan yang telah menjadikan kita semua, DIA lah yang mengurus dan mentadbir seluruh alam.  ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Esa.  DIA lah tempat kita semua mengadu dan meminta.  DIA tidak beranak dan tidak diperanakkan.  Dan tiada sesiapa atau apa pun yang sama dan setara denganNYA.

Bagi mendedahkan diri kita kepada mesej-mesej benar dari ALLAH dan melanjutkan kefahaman kita mengenai seruan ALLAH, maka jemputlah baca dan belek al-Quran beserta memahami maksudnya.  Jika melalui online, antara laman yang menyediakan kemudahan membaca al-Quran beserta makna dalam banyak bahasa ialah seperti berikut:
Semoga kita semua diberi petunjuk oleh ALLAH ke jalan yang lurus sebagaimana orang-orang yang telah diberi nikmat kepada mereka, jalan yang DIA redhai.  Bukannya jalan orang-orang ALLAH murkai dan sesat, amin…

ALLAH Lebih Mengetahui.